Homestay Melaka – Pelancongan dan Penginapan dengan Mudah, Selesa di Melaka
11,000 sertai perarakan
[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda

MELAKA 5 Feb. – Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mengetuai lebih 11,000 umat Islam pada perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini hari ini.
Perarakan sejauh 3.5 kilometer itu disertai 198 kontinjen terdiri daripada pemimpin negeri, agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah, penduduk kampung, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan agama dan sebagainya.
Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri tahun ini disifatkan paling meriah pernah diadakan apabila mencatat kehadiran lebih daripada 11,000 umat Islam.
Perarakan bermula kira-kira pukul 9.30 pagi dari Stadium Hang Tuah melalui beberapa jalan utama di negeri ini dan berakhir pada pukul 11 pagi di Masjid Al-Azim berdekatan Kompleks MAIM.(Sumber: Utusan)
Sumber: Melaka Daily
| Print article | This entry was posted by melakatour on February 6, 2012 at 2:11 am, and is filed under Uncategorized. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
Stumble Upon
Del.icio.us
Buzz





Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Di Pantai Puteri
Kompleks Falak Al-Khawarizmi Terkenal
Artis Meriahkan Pesta Sungai













































