[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda

ne 12.1 50,000 kunjungi Kempen 1M1H

MELAKA – Kempen 1Malaysia 1Halal (1M1H) Melaka yang berlangsung selama empat hari bermula Jumaat lalu dan berakhir semalam berjaya melebihi sasaran apabila dikunjungi hampir 50,000 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md. Amin berkata, kehadiran pengunjung ke tapak kempen amat menggalakkan kerana pihaknya cuma menyasarkan 30,000 orang pengunjung.

“Kehadiran pengunjung yang tinggi ini mungkin kerana lokasi gerai pameran yang mudah dilihat dan selesa selain cuaca yang baik sepanjang kempen berlangsung.

“Malah rata-rata pengunjung dan peniaga berpuas hati, sebahagian mereka ada yang minta kempen ini dilanjutkan sehari lagi menjadi lima hari,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Kempen 1M1H yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan akhbar Kosmo! sebagai akhbar rasmi berlangsung di pekarangan Kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan tempat letak kereta Universiti Terbuka Malaysia, Bukit Palah di sini bermula 3 Februari lalu.

Sebanyak 113 gerai menyertai kempen tersebut selain aktiviti menarik seperti seminar pembangunan halal, pertandingan khatib muda, pertandingan kompang dan pertandingan pakaian beragam kanak-kanak taman didikan kanak-kanak (Tadika) Jabatan Agama Islam Melaka.

Majlis perasmian yang berlangsung Jumaat lalu disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

(Sumber:Kosmo)


Sumber: Melaka Daily