Homestay Melaka – Pelancongan dan Penginapan dengan Mudah, Selesa di Melaka
JAIM serbu majlis guna tema seks
[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda

MELAKA – Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertindak menyerbu sambutan Maulidur Rasul yang dipercayai dianjurkan oleh sebuah kumpulan serpihan Al-Arqam kerana menggunakan tema yang tidak sesuai.
Sambutan yang diadakan di sebuah khemah berdekatan rumah kedai di Krubong Perdana, Krubong di sini menggunakan tema Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam dan ia tertera pada sebuah kain rentang yang digantung di pentas utama.
Penguat kuasa JAIM menyerbu majlis itu kira-kira pukul 1 petang selepas menerima aduan daripada orang ramai.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, ketika serbuan, seramai 100 orang berada di khemah yang juga menempatkan sebuah kek setinggi tiga tingkat
“Apa yang dikesalkan, mereka berani menganjurkan majlis sendiri dengan menggunakan perkataan seks yang dikaitkan dengan Rasulullah dan ia jauh menyimpang daripada ajaran Islam,” katanya di sini semalam.(Sumber:Kosmo)
Sumber: Melaka Daily
| Print article | This entry was posted by melakatour on February 6, 2012 at 2:14 am, and is filed under Uncategorized. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
Stumble Upon
Del.icio.us
Buzz





Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Di Pantai Puteri
Kompleks Falak Al-Khawarizmi Terkenal
Artis Meriahkan Pesta Sungai













































