Homestay Melaka – Pelancongan dan Penginapan dengan Mudah, Selesa di Melaka
Melaka Mantap Teknologi Hijau
MELAKA 6 Feb. – Kerajaan negeri akan menjalinkan hubungan kerjasama dengan bandaraya Adelaide, Australia dalam usaha mencontohi bandar raya itu membangunkan teknologi hijau.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dalam lawatan kerja selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis, rombongan kerajaan negeri akan meninjau di beberapa tempat yang menggunakan teknologi hijau.
Menurutnya, perbincangan akan diadakan untuk mewujudkan kerjasama selain menggunakan pakai kaedah teknologi hijau yang dibangunkan di Adelaide.
‘‘Selain teknologi hijau, kita juga ingin melihat kaedah keselamatan jalan raya yang digunakan di Adelaide yang berjaya mengurangkan kemalangan yang melibatkan kematian.
‘‘Saya difahamkan dalam tempoh setahun kemalangan yang berlaku di bandar raya itu ia hanya melibatkan 10 kematian dan kaedah ini perlu dicontohi untuk mengurangkan kemalangan membabitkan kehilangan nyawa di Melaka,” katanya ketika ditemui sebelum berlepas ke Adelaide, Australia di sini semalam.
Mohd. Ali berkata, beliau akan berjumpa dengan Menteri Keselamatan Jalan Raya Australia Selatan, Hon Jeniffer Rankine esok bagi mengadakan rundingan mengenai kaedah mengurangkan kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian.
Beliau berkata, kaedah mengurangkan kadar kemalangan maut yang diamalkan di Australia Selatan dicontohi untuk diguna pakai di negeri ini.
Selain itu katanya, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Water Board Adelaide bagi membincangkan mengenai pengurusan air mentah yang lebih sistematik diamalkan di negara tersebut.
Katanya, ada kemungkinan beberapa tenaga pakar di negara itu akan dipelawa untuk bekerjasama bagi mempertingkatkan keperluan air bersih penduduk di negeri ini.
Beliau memberitahu, Adelaide dipilih sebagai lokasi lawatan kerja selama empat hari buat julung-julung kalinya sebagai membalas lawatan mereka datang ke negeri ini tahun lalu.
‘‘Saya melihat ada beberapa kerjasama dapat dijalin dengan Adelaide dan ia boleh diguna pakai dalam usaha menuju Melaka sebagai bandar raya teknologi hijau pada 2020,” katanya.
(Sumber:Utusan)
Sumber: Melaka Daily
| Print article | This entry was posted by melakatour on February 7, 2012 at 3:03 pm, and is filed under Uncategorized. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
Stumble Upon
Del.icio.us
Buzz





Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Di Pantai Puteri
Kompleks Falak Al-Khawarizmi Terkenal
Artis Meriahkan Pesta Sungai













































