Homestay Melaka – Pelancongan dan Penginapan dengan Mudah, Selesa di Melaka
Pulau Besar Melaka Bebas Dari Amalan Khurafat…Benarkah???
[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda

Jika dahulunya Pulau Besar ini memang terkenal dengan aktiviti pemujaan yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.. Walaupun sudah sering kali di ambil tindakkan terhadap mereka tetapi mereka ini masih lagi melakukan juga…Bagaimanapun pihak kerajaan hendaklah memantau pulau ini dengan lebih kerap bagi mengelakkan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab bermaharajalela dan melakukan dengan senang hati perkara-perkara mungkar…Adalah lebih elok jika Kerajaan Melaka membangunkan pulau ini dengan menjadikan pulau ini terkenal dan mesti dikunjungi jika melawat ke Melaka…Dengan cara ini sudah pasti mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti pemujaan menjadi kurang dan sama sekali tiada…Tetapi jika Pulau Besar masih pada keadaan ini dan tidak dibangunkan sudah pasti aktiviti pemujaan akan berlaku kembali…
Jom baca artikel dari surat khabar…
Sumber:Utusan

MELAKA 7 Feb. – Pulau Besar di sini yang sebelum ini sinonim dengan amalan khurafat, kini semakin pulih daripada aktiviti itu hasil pemantauan pihak berkuasa sejak kebelakangan ini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani berkata, hasil tinjauan bersepadu bersama beberapa agensi pihak berkuasa negeri di pulau itu mendapati, tiada aktiviti pemujaan diadakan.
Menurut beliau, keadaan itu jauh berbeza dengan sebelum ini apabila ribuan umat Islam dari seluruh dunia akan datang ke pulau itu selepas sambutan Maulidur Rasul bagi mengadakan temasya besar.
“Namun, lawatan kita hari ini mendapati, tiada temasya besar diadakan sebagaimana kebiasaan dan ini membuktikan Pulau Besar kini semakin pulih daripada amalan-amalan yang menyimpang daripada ajaran Islam.
“Tiada lagi kesan-kesan binaan batu berupa bentuk kubur, khemah-khemah untuk menjalankan aktiviti khurafat yang menunjukkan adanya perbuatan sesat dan terpesong daripada akidah Islam dilakukan di sini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Operasi meninjau pulau itu disertai lebih 50 kakitangan pihak berkuasa negeri antaranya Jabatan Imigresen, Rela, polis, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Sementara itu, Setiausaha MBMB, Azmi Hussain ketika dihubungi berkata, sebanyak 10 notis dikeluarkan kepada peniaga-peniaga di situ kerana meninggalkan khemah dan barangan mereka di tapak perniagaan.
“Diharapkan, para peniaga ini dapat mengemas barangan mereka selepas waktu perniagaan, bukannya dengan meninggalkannya di situ kerana ia akan mencacatkan pemandangan,” katanya.
Sumber:Kosmo

MELAKA – Imej Pulau Besar di sini, yang sering dikaitkan dengan pelbagai amalan khurafat kini mulai pulih apabila pihak berkuasa agama negeri melakukan pemantauan yang kerap di pulau berkenaan sejak dua tahun lalu.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani berkata, hasil pemantauan bersepadu bersama beberapa agensi pihak berkuasa lain di pulau itu pada setiap minggu mendapati, kini tiada lagi sebarang aktiviti pemujaan diadakan.
Menurut beliau, sebelum ini, ribuan umat Islam dari seluruh negara termasuk dari India akan datang ke pulau itu selepas sambutan Maulidur Rasul bagi mengadakan temasya besar yang bertentangan dengan ajaran agama.
“Namun, dalam lawatan kita hari ini (semalam) mendapati, tiada lagi sebarang aktiviti temasya besar sebagaimana kebiasaan dan ini membuktikan Pulau Besar kini semakin pulih daripada amalan-amalan yang menyimpang daripada ajaran Islam.
“Selain itu tiada lagi kesan-kesan binaan batu berupa bentuk kubur, khemah-khemah untuk menjalankan aktiviti khurafat yang menunjukkan adanya perbuatan sesat dan terpesong daripada akidah Islam yang dilakukan di sini,” katanya ketika dihubungi semalam.
Lazimnya dua tempat yang menjadi kegilaan individu untuk melakukan pemujaan ialah di ‘batu belah’ yang terletak di antara dua bukit di pulau berkenaan dan Gua Yunus.
::P/S:Bila la agaknya Pulau Besar nih nak dibangunkan jadi macam Pulau Langkawi ke…Dah tak payah nak jauh-jauh ke sana…Kat Melaka je dah ada zon bebas cukai..hihi…Tapi kalau di ikutkan pulau nih memang jarang dapat perhatian…Rasanya sudah tiba pelaburan untuk pembangunan Pulau Besar…Dan juga hukuman yang dikenakan pada pesalah diberatkan lagi…
Sumber: Melaka Daily
| Print article | This entry was posted by melakatour on February 8, 2012 at 2:47 am, and is filed under Uncategorized. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
Stumble Upon
Del.icio.us
Buzz





Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Di Pantai Puteri
Kompleks Falak Al-Khawarizmi Terkenal
Artis Meriahkan Pesta Sungai













































